POKOK SENA: Empat rumah teres di Taman Indah Jabi, di sini, musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 12.54 tengah malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Pokok Sena dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan rumah bernombor 80, kebakaran turut merebak ke rumah bersebelahan.
“Pasukan bomba menggunakan satu aliran 100 kaki dengan dua pancutan air bagi memadam kebakaran di bahagian hadapan rumah.
"Anggota bantuan dari BBP Alor Setar memadam dengan satu aliran dengan dua pancutan air di bahagian belakang rumah.
“Jumlah terlibat adalah empat rumah dan kenderaan yang terjejas dalam kebakaran terbabit adalah dua kereta dan sebuah motosikal,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Sayani memaklumkan, operasi memadam kebakaran tersebut dengan bantuan enam pasukan Bomba Sukarela tamat pada pukul 3.02 pagi tadi.
Katanya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Astro Awani
Sun Dec 11 2022
Empat rumah teres di Taman Indah Jabi, di sini, musnah dalam kebakaran tengah malam tadi. -JBPM Kedah
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Empat unit rumah teres, tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Pokok Sena
Selain empat rumah terbabit, dua kereta dan sebuah motosikal turut terbakar dalam kejadian itu.